~~~KEMBARA MENCARI ILMU, IDEA, KEBERKATAN YANG MAMPU MEMBAWA AKU KE AL-JANNAH~~~

Rabu, 20 April 2011

couple???

jom baca kisah ni..kot2
paham....
Kisahnya mengenai 3 org,
Syafiq, Safura dan
Muhammad. Syafiq dan Safura
sama-sama belajar di SMK XXX. Beberapa lama
kemudian, Syafiq jatuh hati
pada keayuan Safura. Matanya
mengalahkan Zinnirah.
Wajahnya berseri-seri dengan
cahaya keimanan. Pergh!!
Cantik sangatlah jika nak
diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba
tahan. Dia tidak boleh
meluahkan perasaan dia pada
Safura sebab nanti takut kena
tangkap dengan ajk pencegah
maksiat sekolah.
beberapa tahun
berlalu...Akhirnya, apabila
Syafiq berada di Tingkatan 5,
dia sudah tidak mampu
bertahan. Dia mengatur
langkah dan akhirnya, Safura
tewas pada pujuk rayunya.
Walaubagaimanapun, mereka
ini sedar yang mereka orang
Islam. Islam tidak
membenarkan umatnya
ber’couple’. Jadi mereka
berpakat yang mereka ini
hendak membuat satu revolusi
dalam couple. "COUPLE
ISLAMIC". Asal keluar, pergi
tempat terbuka. Tak mainlah
tempat gelap-gelap ni. Bukan
itu sahaja, Safura kena pakai
tudung labuh. Syafiq pula
pakai serban dan jubah. Lepas
itu mereka keluar bukan
membuang masa, keluar bawa
Al-Quran. Berhenti di kedai
makan, tadarrus lagi. Jalan
pula, mana ada pegang-
pegang tangan, mereka ikut
cara Nabi Musa. Lelaki di
depan, perempuan di
belakang. Bila balik rumah,
missed call pagi-pagi. Suruh
qiamullail. Hah! kan Islamic
punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan
taktik sedemikian, Syafiq
ditakdirkan bertemu dengan
Muhammad. Ketika itu Syafiq
dan Safura sedang bertadarrus
di RFC. Muhammad tiba-tiba
datang menghampiri mereka
kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk, Muhammad
bertanya, "Have you
married?". "No.", jawab
Safura. "So, why you sit
together with this ajnabi alone
here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way"
jawab Syafiq. Muhammad
hanya tersenyum mendengar
jawapan itu. Muhammad pun
memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku
kristian. Tinggal kat Singapore.
Dulu, aku suka sangat makan
babi. Kalau sehari tak makan,
pengsan aku. Pernah sekali
mak aku terlupa beli babi, aku
masuk wad malam tu. Tetapi,
Alhamdulillah, Allah buka
pintu hati aku untuk terima
hidayah-Nya. Bila aku masuk
Islam, aku dapat tahu, dalam
Islam tak boleh makan babi.
Aduh, pening kepala aku.
Macam mana aku nak buat
ni??? Seminggu aku masuk
hospital lepas masuk Islam.
Kalau zaman Rasulullah dulu
ada peringkat-peringkat dia.
Tapi aku…mana ada. Jadi, time
kat hospital tu aku fikir.
Akhirnya, aku jumpa satu jalan
keluar. Aku nak Islamkan babi
tu. Aku beli seekor anak babi.
Dari kecik aku jaga dia. Seekor
lalat pun aku tak bagi dekat.
Setiap jam aku mandikan dia.
Lepas 3 hari, aku bisikkan kat
telinga dia dua kalimah
syahadah. Lepas tu, tiap-tiap
hari aku bagi tazkirah kat babi
tu. Asal dia berak aku vacuum
terus. Camnilah kehidupan aku
dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang
ditunggu-tunggu tiba. Masa
untuk sembelih babi ni.
Tengok-tengok babi ni takde
leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai
je sebab dah 2 tahun tak
makan babi ni. Lepas tu, aku
pun masak la bakut teh.
Tengah-tengah makan,
nampak seorang ustaz tengah
jalan-jalan. Muka macam lapar
je. Aku pun ajak la dia makan.
Ustaz!!! jom makan. Babi Islam
nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq
dan Safura pun sedar. Kalau
benda itu haram, ia tetap
haram. Yang halal itu jelas dan
yang haram itu jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan
HARAM walau kita cuba apa
cara sekalipon untuk
mengHALALkannya..peringatan
untuk diri ana sendiri
jugak..wallahu a'lam

Jumaat, 15 April 2011

mencari jodoh...

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^

Sabtu, 9 April 2011

cerpen lawak=)

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pun bawalah calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih yang mana-mana dia berkenan.
CALON PERTAMA:
Ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal mayang, pipi gebu, BUKIT besar! BUMPER menggiurkan ala JLo.
Pekerjaan : Operator telefon merangkap receptionist.
Si anak lelaki menolak calon pertama. Si ibu bertanya mengapa dia menolak, lalu si anaknya pun berkata;
“Ala Mak…nih tak syiioookkkk….dia nih selalu cakap SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR.”
CALON KEDUA:
Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar, badan 100% bergetah, BUKITnya Just nice, BUMPERnya boleh tahan.
Pekerjaan : Setiausaha.
Lalu si anak lelaki berkata;
“Nih lagi tak syyiiiooookkkk…asyik-asyik HARAP BERSABAR…BERSABAR.”
Si ibu pun gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya. Lalu dia pun menjemput calon terakhir…
CALON TERAKHIR:
Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita, mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan, BUMPERnya flat.
Pekerjaan : Guru.
Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini terus bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pun pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini?
Lalu anaknya pun memberitahu;
“Hah! mak nih la syyiookkk sikit… kalau cikgu best sikit. Pasal dia selalu cakap ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH, BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN.. HAH.. TERUSKAN DAH BETUL TUH…”
Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk.

“Bang!!! Konduktor bas mini lagi bagus bang! Diorang selalu cakap ”NAIK CEPAT, NAIK CEPAT… MASUK, MASUK… MASUK LAGI, DALAM LAGI… DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH, MASUK BELAKANG… BELAKANG LAGI, LAGI BELAKANG SANA… BELAKANG BANYAK KOSONG!

Rabu, 6 April 2011

korang nak ak tulis apa2 kt blog x???

dah lame gilew ak rase,
ak meninggalkan blog.
dua sebabnya, 1- sibuk menyudahkan esemen.
2- rase... mcm dah boring ng blog ni. hahahaha...
3- hati ini asyik mrindui seseorg insn yg ak tolak kehadirannya.=p

kuliah berbaki 1 mnggu je lg. lepas ni sibuk ng stdy week n final exam utk sem dua.
lepas tu....... hari yg x sbr2 nk tnggu iaitu, bermulanya cuti 4 bulan.
nak bt ap yer???
keje, semestinya.
tp, nk keje ap??
itu yg jdi persoalannya.
rase mcm nk jd cikgu sementara spnjng cuti ni...
tp, x thu nk mohon cmner...
huhuhu...
mak kate, keje je di kilang batik. nnti blh dpt batik murah2.
hahahaha, motif mak ak???
lu fikirlah sendiri.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...