~~~KEMBARA MENCARI ILMU, IDEA, KEBERKATAN YANG MAMPU MEMBAWA AKU KE AL-JANNAH~~~

Jumaat, 30 Mac 2012


aku mahu perolehi pasangan seperti ini supaya aku setiasa sedar bahawa hidup ini hanya sementara. aku tidak mahu selamanya lalai dalam percikan duniawi.

aku mahukan seorang lelaki jaminan 'AL-JANNAH'

teringin nak bergelar PENULIS SKRIP lak....

setelah beberapa hari ini aku asyik layan citer je di malaysiamoviesfull tiba-tiba je teringin nak jadi penulis skrip.
agak-agak aku layak tak?
sem lepas dah belajar sikit2 cara nak tulis skrip dengan cikgu amin minhad,
bolehlah slow2 mulakan operasi mengali idea utk wt skrip.
hehehehe...

sem lepas ak, shafini, nadia dan adda   
ada buat skrip 'stereng' citernya agak menarik,
kalau aku hantar kat stesen tv laku tak?
hahahaha...
nak trylah...
lagipun sayang kalau skrip tu dibiarkan saja.
skrip tu bagus kot.
kalau shamsul yusuf bace pun boleh nangis.
bukan sebab sedih, terharu ke apa
tapi, kesal napelah dia tak diberi idea sehebat skrip kiteorang tu
hahahahaha...
untunglah kau anak pengarah glamor, kaya...
tak macam aku ni, anak petani je...
camner nak kembang bakat kalau tak ada orang sudi bukakan peluang.
lebih2 lagi aku ni tak ada orang dalam yang nak tolong promokkan diri aku ni.
jadilah bakat terpendam je...
hhuhuhu...
sedih lak!!!

masih lagi mencuba nasib

walaupun sudah hampir sepuluh emel yang dihantar, tp belum ada satu pun yg terjawab.
tak apa, mak aku cakap jangan putus asa.
bukan mak aku je cakap, semua orang pernah cakap macam tu
'JANGAN PUTUS ASA'
jadi aku takkan cepat menyerah.

lagipun tak ada kejayaan yang diperolehi tanpa bersusah payah terlebih dahulu atau terpaksa melalui rintangan sebelum dapat mencapai kejayaan itu.
aku akan tetap berusaha.

aku akan perjuangkannya. kerna aku takkan pernah berhenti walaupun ianya mungkin tak bererti untuk orang lain.

Khamis, 29 Mac 2012

giler nak menaip lak malam ni!! hehehehe...

dah lama ak x menulis,
tp dlm blog je... 
di dlm laptop, dlm buku ak msih dgn minatku MENULIS.
menulis dan terus menulis. tp dunia penulisanku mcm lesu aje.
ak mahu ada satu jaminan yg blh ak banggakan.
mngkn bkn rezeki ak lg @ rezekiku bkn di situ!

wanita juga boleh meminang lelaki!! ada bran???

Salahkah Jika Wanita Meminang & Menawar Diri Kepada Lelaki ?
Oleh ustaz Emran Ahmad

Di dalam Islam kita sebagai muslim haruslah mengutamakan Al-Qur’an dan sunnah sebagai panduan dan bukan akal, bukan persekitaran atau pun adat.
Firman Allah swt :
 
وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ
" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan Uli al-Amri (Orang-orang yang mengurus hal ehwalmu penguasa dari kalangan kamu.." (An-Nisa :59).

Sekalipun dalam kaedah fiqhiyah menyebut
 “Al-A’dah Muhakamah” iaitu adat itu menjadi penghukum dan diambil kira dalam menentukan keputusan (lihat dalam Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 100) namun sebenarnya pemahaman terhadap kaedah ini sering disalah erti oleh orang awam.

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إَنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ
شَيْئًا إِنَّ اللّهَ عَلَيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan (Yunus : 36).

Dimaksudkan adat sebagai diambil kira dalam hukum dan keputusan ialah apabila tiada dalil dan pertunjuk yang jelas dalam sesuatu perkara dari Al-Qur’an dan sunnah dan tidak wujud riwayat dari para sahabat dan salaf soleh. Selain itu terjadi adat sebagai pertimbangan hanya dalam perkara furu’ yang berbentuk kaedah pelaksanaan bukan dasar atau pegangan.

Misalnya dalam ibadah korban, jika pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan di Malaysia maka adat terpakai dengan melakukan korban mengunakan binatang yang mudah didapati dan biasa dibuat korban misalnya lembu atau kambing bukan unta atau kibasy yang hanya terdapat di Negara arab.

Begitulah juga adat terpakai dalam penakrifan sesuatu perkara menurut sesuatu kaum misalnya orang yang bersumpah nazar tidak mahu memakan daging lalu dia memakan ayam kerana menurut kebiasaan daging merujuk kepada lembu, kerbau dan ayam tidak dikira sebagai daging demikianlah contoh pelaksanaan adat.



                                             اللّهِ وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ
Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Adapun dalam hal ibadah dan perkara dasar Islam seperti nikah dan perkahwinan yang merupakan sunnah dan ketetapan syariat maka hendaklah kita merujuk kepada Al-Qur’an dan sunnah selagi terdapat pertunjuk dan panduan dari keduanya.

Sebagaimana sabda baginda rasulullah :

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
 “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata :
 Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).



Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ
يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :

       
 وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَا
لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَن يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ
“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).

Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).

Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.

Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut : “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah).
Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.
فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).

Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra :

“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya :

Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata :
 “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah :
“ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj).

Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.


مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ
“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).




tak tau cmner ak boleh terbaca bende ni, tiba2 teruja. Oo.. Oo.. Oo..
tp, ak x brni nk bt!!

sbb ak blm terdesak lg nk cri calon suami!!

sebuah perkahwinan baru terbina [mustaqim dan faizah]


pandangan terakhir sebelum bergelar suami isteri...


aku tak nak kongsi banyak-banyak gambar perkahwinan abang aku takut kene marah dengan empunya diri. hehehehe...

inilah perkahwinan pertama dalam adik-beradikku.

mustaqim merupakan anak kedua dan satu-satunya abang aku. beza umur dia ngan aku cuma 1 tahun. tak sangka dia menamatkan zaman terunanya dalam usia yang masih muda iaitu 24 tahun. terfikir-fikir gak aku ni, adakah aku akan ikut jejak langkah abang aku kahwin ketika usia 24 tahun @ 26 tahun seperti perancangan kak long aku yang aku melangsungkan perkahwinan selepas aidilfitri nanti.

apa-apa pun aku tak kisah, sebab aku target nak tamatkan zaman dara aku selewatnya pada usia 27 tahun. aku nak stabilkan kewangan dan jati diri sebelum mendirikan rumah tangga.

kepada abang aku, aku doakan semoga mu dapat melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin. jadilah ketua keluarga yang terbaik dan binalah keluarga yang terdiri daripada ahli keluarga jaminan syurga. gunakan ilmu agama yang ada untuk membimbing keluarga dengan sebaik yang mungkin.

aku nak mu cepat-cepat bagi aku anak saudara, aku dah tak sabar-sabar nak main dengan budak kecik ni.
hahahaha... mu jugak yg kata hari tu nak bagi anak saudara kat kami 3 orang dalam masa 2 tahun. tapi, kahwin dah 2 bulan masih tak ada berita baik ni, apa citer der????

tahniah 'In (panggilan utk abang) semoga berbahagia selamanya dengan kak ngoh (panggilan utk k.ipar).

tak sabar nak tunggu hari perkahwinan kak long...
adakah mampu menandingi kemeriahan majlis perkahwinan abang atau hanya suam2 kuku.
sebab bajet ciput. (banyak keluar duit waktu kawen abang)

ak ada mcm2 plan utk hangatkan hari bahagia k.long. 
tak sabar2 nak sibukkan diri.
hehehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...