~~~KEMBARA MENCARI ILMU, IDEA, KEBERKATAN YANG MAMPU MEMBAWA AKU KE AL-JANNAH~~~

Rabu, 3 Oktober 2012

aku, cinta dan cita-cita

aku masih di sini menuntut ilmu sebagai bekalan di alam pekerjaan dan dalam kehidupan harianku nanti. aku masih sendiri, bukan bermaksud aku anti lelaki atau apa sahaja istilah yang digunakan. dahulu cintaku hanya pada lelaki yang benar-benar berjaya mengetuk pintu hatiku biarpun dia sendiri tidak menyedarinya. biarlah cinta itu aku iringkan bersama tasbih memuji Ilahi.

kini aku mula sedar tiada gunanya aku mengejar cintanya jika Allah tidak mentakdirkan dia untuk aku. aku harus pasrah. orang sekelilingku sering bertanya, bila nak kawen? hanya disebabkan adik aku akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. biarlah dia dengan keputusannya, kerana aku yakin dia sudah betul-betul bersedia memegang tanggungjawab sebagai suami. aku hanya ingin mendoakan rumahtangga yang dibina nanti kekal selamanya.

setelah aku mengerti erti impian dan cita-cita aku makin bersemangat untuk terus berusaha lebih gigih agar impianku yang sering aku angan-angankan akan aku genggam suatu hari nanti. InsyaALLAH... aku ingin mencapai cita-cita dan impianku sebelum mencapai cinta.

antara cinta dan cita-cita, aku memilih CITA-CITA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...