~~~KEMBARA MENCARI ILMU, IDEA, KEBERKATAN YANG MAMPU MEMBAWA AKU KE AL-JANNAH~~~

Rabu, 20 April 2011

couple???

jom baca kisah ni..kot2
paham....
Kisahnya mengenai 3 org,
Syafiq, Safura dan
Muhammad. Syafiq dan Safura
sama-sama belajar di SMK XXX. Beberapa lama
kemudian, Syafiq jatuh hati
pada keayuan Safura. Matanya
mengalahkan Zinnirah.
Wajahnya berseri-seri dengan
cahaya keimanan. Pergh!!
Cantik sangatlah jika nak
diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba
tahan. Dia tidak boleh
meluahkan perasaan dia pada
Safura sebab nanti takut kena
tangkap dengan ajk pencegah
maksiat sekolah.
beberapa tahun
berlalu...Akhirnya, apabila
Syafiq berada di Tingkatan 5,
dia sudah tidak mampu
bertahan. Dia mengatur
langkah dan akhirnya, Safura
tewas pada pujuk rayunya.
Walaubagaimanapun, mereka
ini sedar yang mereka orang
Islam. Islam tidak
membenarkan umatnya
ber’couple’. Jadi mereka
berpakat yang mereka ini
hendak membuat satu revolusi
dalam couple. "COUPLE
ISLAMIC". Asal keluar, pergi
tempat terbuka. Tak mainlah
tempat gelap-gelap ni. Bukan
itu sahaja, Safura kena pakai
tudung labuh. Syafiq pula
pakai serban dan jubah. Lepas
itu mereka keluar bukan
membuang masa, keluar bawa
Al-Quran. Berhenti di kedai
makan, tadarrus lagi. Jalan
pula, mana ada pegang-
pegang tangan, mereka ikut
cara Nabi Musa. Lelaki di
depan, perempuan di
belakang. Bila balik rumah,
missed call pagi-pagi. Suruh
qiamullail. Hah! kan Islamic
punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan
taktik sedemikian, Syafiq
ditakdirkan bertemu dengan
Muhammad. Ketika itu Syafiq
dan Safura sedang bertadarrus
di RFC. Muhammad tiba-tiba
datang menghampiri mereka
kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk, Muhammad
bertanya, "Have you
married?". "No.", jawab
Safura. "So, why you sit
together with this ajnabi alone
here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way"
jawab Syafiq. Muhammad
hanya tersenyum mendengar
jawapan itu. Muhammad pun
memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku
kristian. Tinggal kat Singapore.
Dulu, aku suka sangat makan
babi. Kalau sehari tak makan,
pengsan aku. Pernah sekali
mak aku terlupa beli babi, aku
masuk wad malam tu. Tetapi,
Alhamdulillah, Allah buka
pintu hati aku untuk terima
hidayah-Nya. Bila aku masuk
Islam, aku dapat tahu, dalam
Islam tak boleh makan babi.
Aduh, pening kepala aku.
Macam mana aku nak buat
ni??? Seminggu aku masuk
hospital lepas masuk Islam.
Kalau zaman Rasulullah dulu
ada peringkat-peringkat dia.
Tapi aku…mana ada. Jadi, time
kat hospital tu aku fikir.
Akhirnya, aku jumpa satu jalan
keluar. Aku nak Islamkan babi
tu. Aku beli seekor anak babi.
Dari kecik aku jaga dia. Seekor
lalat pun aku tak bagi dekat.
Setiap jam aku mandikan dia.
Lepas 3 hari, aku bisikkan kat
telinga dia dua kalimah
syahadah. Lepas tu, tiap-tiap
hari aku bagi tazkirah kat babi
tu. Asal dia berak aku vacuum
terus. Camnilah kehidupan aku
dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang
ditunggu-tunggu tiba. Masa
untuk sembelih babi ni.
Tengok-tengok babi ni takde
leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai
je sebab dah 2 tahun tak
makan babi ni. Lepas tu, aku
pun masak la bakut teh.
Tengah-tengah makan,
nampak seorang ustaz tengah
jalan-jalan. Muka macam lapar
je. Aku pun ajak la dia makan.
Ustaz!!! jom makan. Babi Islam
nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq
dan Safura pun sedar. Kalau
benda itu haram, ia tetap
haram. Yang halal itu jelas dan
yang haram itu jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan
HARAM walau kita cuba apa
cara sekalipon untuk
mengHALALkannya..peringatan
untuk diri ana sendiri
jugak..wallahu a'lam

2 ulasan:

  1. like,,like,,like,,

    semoga kita semua tak terlibat dalam perkara ni *mcm dalam cerita kat atas tu..

    +_+

    BalasPadam
  2. nnti sruh ibu je yg crikan calon suami utk nad ye....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...