~~~KEMBARA MENCARI ILMU, IDEA, KEBERKATAN YANG MAMPU MEMBAWA AKU KE AL-JANNAH~~~

Khamis, 29 Mac 2012

sebuah perkahwinan baru terbina [mustaqim dan faizah]


pandangan terakhir sebelum bergelar suami isteri...


aku tak nak kongsi banyak-banyak gambar perkahwinan abang aku takut kene marah dengan empunya diri. hehehehe...

inilah perkahwinan pertama dalam adik-beradikku.

mustaqim merupakan anak kedua dan satu-satunya abang aku. beza umur dia ngan aku cuma 1 tahun. tak sangka dia menamatkan zaman terunanya dalam usia yang masih muda iaitu 24 tahun. terfikir-fikir gak aku ni, adakah aku akan ikut jejak langkah abang aku kahwin ketika usia 24 tahun @ 26 tahun seperti perancangan kak long aku yang aku melangsungkan perkahwinan selepas aidilfitri nanti.

apa-apa pun aku tak kisah, sebab aku target nak tamatkan zaman dara aku selewatnya pada usia 27 tahun. aku nak stabilkan kewangan dan jati diri sebelum mendirikan rumah tangga.

kepada abang aku, aku doakan semoga mu dapat melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin. jadilah ketua keluarga yang terbaik dan binalah keluarga yang terdiri daripada ahli keluarga jaminan syurga. gunakan ilmu agama yang ada untuk membimbing keluarga dengan sebaik yang mungkin.

aku nak mu cepat-cepat bagi aku anak saudara, aku dah tak sabar-sabar nak main dengan budak kecik ni.
hahahaha... mu jugak yg kata hari tu nak bagi anak saudara kat kami 3 orang dalam masa 2 tahun. tapi, kahwin dah 2 bulan masih tak ada berita baik ni, apa citer der????

tahniah 'In (panggilan utk abang) semoga berbahagia selamanya dengan kak ngoh (panggilan utk k.ipar).

tak sabar nak tunggu hari perkahwinan kak long...
adakah mampu menandingi kemeriahan majlis perkahwinan abang atau hanya suam2 kuku.
sebab bajet ciput. (banyak keluar duit waktu kawen abang)

ak ada mcm2 plan utk hangatkan hari bahagia k.long. 
tak sabar2 nak sibukkan diri.
hehehehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...