~~~KEMBARA MENCARI ILMU, IDEA, KEBERKATAN YANG MAMPU MEMBAWA AKU KE AL-JANNAH~~~

Ahad, 27 Februari 2011

makanan yg selalu dirindui...

 

      wah bestnyer.... kalu dpt mkn betul2 ni.

korang minat x bubur lambuk???
ak minat gilew ng mknn ni... kalu ak mkn, ak da x reti nk gune mngkuk @ pnggng biase.
terus gune mngkuk mcm gmbr yg last tu.
ak mkn bende ni 3 hri 3 mlm pn xpe!!
x kisah!! lg suke ad lh kot.

disini... ak nk share resepi bubur lambuk yg istimewe utk korang semua. ini adlh resepi istimewa bubur lambuk yg mak ak masak. 

Bahan-bahan ( 5/6 orang )

  • 2 1/2 cawan beras
  • 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana (lg byk lg best kot)
  • boleh masukkn sotong @ isi kerang (kalu mahu)
  • 2 cawan santan drp sebiji kelapa
  • 8 ulas bawang merah dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia dikisar halus
  • 3 batang serai dititik
  • 6 cawan air
  • Garam & gula secukup rasa
  • kicap n budu sdikit
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 2 cawan pucuk paku merah/perak/paya/niden (sama jenis tp nama berbeza)-diambil daun & batang yg lembut shj
  • beberapa helai daun kadok (mcm daun sireh, tp bkn daun sireh)
  • daun sup, daun bawang n timun dihiris halus,  ikan bilis goreng, bawang goreng, rebus rebus yg telah dihiris nipis2!! (bahan hiasan)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN TADI.
  2. Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah. rebus bersama sotong dan isi kerang.
  3. Ikan digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta serbuk lada hitam. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana.
  4. Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak.
  5. Tambahkan kicap, budu, garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi.
  6. Akhir sekali, masukkan  daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup api.
  7. hidangkan bersama bahan hiasan tadi.

selamat mencuba. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...