~~~KEMBARA MENCARI ILMU, IDEA, KEBERKATAN YANG MAMPU MEMBAWA AKU KE AL-JANNAH~~~

Isnin, 9 Januari 2012

dah ramai 'org popular' mula memakai hijab

wardina safiyyah,
kecantikan semulajadi yang dianugerahkan kepadanya.
penuh dengan kelembutan dan keibuan.

liza hanim
dia agak menyepi sekejap dlm industri nyanyian
mungkin memberi tumpuan terhadap keluarga tercinta.
dia kembali dengan imej baru-bertudung.

shiela rusly
siapa ak kenal ngn sis ni kan?
pelakon senior yg sgt berbakat dlm membawa pelbagai watak s/ada komedi, seram, jahat, keibuan
dan sebagainya. bersuamikan jinggo seorang pengarah hebat memberi bonus kepadanya utk lebih bebas berkarya di bwh syarikat sendiri iaitu JS.
Berhijab tidak memberi halangan kepada beliau utk terus mengembang bakat dan
berkarya dalam industri lakonan.
beliau juga sudah menerbitkan program masakan dan buku masakan.
wanita serba boleh!!

nora
seorang penyanyi yg hebat suatu masa dahulu dan merupakan isteri kepada komposer hebat, johan.

irma hasmie
sangat comel dan manis. mengambil keputusan berhijad setelah pulang dari menunaikan umrah.
tahniah, tak semua menerima hidayah sepertinya.
anda adalah insan terpilih.
teruskan usaha membaiki diri ke arah yang llebih diredhai ALLAH.
semoga dipertemukan dengan jodoh yg baik2 dan beriman.

azizah arifin
teramat cantik setelah berhijab. dulu sejujurnya aku langsung tidak tertarik dengan personaliti tv3 ini yg awalnya bergelar pembaca berita.
tetapi setelah berhijab segalanya berubah.
aku sangat suka cara kendaliannya  di program WHI.
tahniah, semoga cepat2 dpt baby~~~

norzie pakwan chik
dulu aku suka sangat tgk program majalah tiga kendalian isteri kepada bekas pengacara REMAJA, 
aidid marcello ini. tetapi setelah berkahwin norzie lebih selesa memberi tumpuan kepada keluarga dan mereka sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
dengar2 khabar norzie kembali ke kaca tv menerusi program MHI.
tp, aku belum sempat menyaksikannya.
kena tunggu balik kg bru dpt tengok tv.

catriona ros
sebut saje name ni aku terus teringat pada lakonannya yg sangat berkesan dalam citer KALIS CINTA.
lebih2 lg dlm citer tu dia bergandingan dengan hero pujaan hati aku, ADY PUTRA.
sangat best citer tu, aku dah lupe berapa kali aku layan citer tu.
beliau telah mengalami satu pengalaman yang cukup hebat dalam hayatnya yang seolah2 memberi peluang kedua untuk dia terus hidup.
semoga hijrah ini memberi lebih erti dalam hidupnya bergelar hamba ALLAH S.W.T.

diana amir
masih lagi remaja, tetapi telah mengambil keputusan untuk memakai hijab dikala dia berada di puncak populariti dan kegemilangan bergelar pelakon.
tidak takut rezekinya akan berkurang dengan perubahan ini dan percaya rezeki semuanya kuasa ALLAH.
kini dia boleh menarik nafas lega kerana perubahannya diterima umum dan rezekinya bertambah murah.

inspirasi diana amir, like cara pakai pashmina mcm ni...

siti nordiana
setelah pelbagai berita menyedihkan beliau,
kehilangan seorang kawan baik dalam perjuangan-ACHIK SPIN.
turut merasai kehilangan bekas suami, ayah kepada anaknya-FAISAL YUSOP.
kini dia tampil berhijab mulai ramadhan yg lalu.
semoga dia bertambah tabah dan jalani kehidupan sebagai muslimah sejati.

anne ex-hot fm
deejay yg paling cute, comel, manja di hot fm.
kini dia telah berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya bekerja.
tidak lama selepas berkahwin, dia telah mengambil keputusan untuk berhijab.
bertambah cantik, ayu n manis dipandang.

raja farah
pelakon utama filem AKU MASIH DARA.
mengambil keputusan untuk terus berhijab setelah mendirikan rumahtangga.
alhamdulillah, kini dia bukan sahaja mengenakan tudung di dlm filem malah di luar juga.

anne ngasri
janda anak tiga yang sangat tabah, wlaupun dalam usia yg masih muda.
teruskan usaha untuk memperolehi kebahagiaan hidup dan akhirat.

farah af
kini bergelar pengacara dalam program nasi lemak kopi 'o' tv9.
mengenakan hijab dalam usia yg masih muda.

abby fana
pengacara senior di tv3, MHI.
memakai tudung setelah selamat pulang dari menunaikan haji baru2 ini.
alhamdulillah, dah lama aku nak tgk auntie ni pakai tudung secantik wardina.

teh syuhada
sorang lagi personaliti tv berhijrah memakai hijab.
makin ramai personaliti tv berhijab dan semoga ianya menjadi ikutan kepada mereka di luar sana yang masih tidak mengenakan hijab di kepala.


PANJANG LEBAR AKU MENULIS, SEBAB AKU BORING TAK TAHU APA NAK BUAT
5 HARI TAK ADA PAPER EXAM. LAYAN JE LER......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...