~~~KEMBARA MENCARI ILMU, IDEA, KEBERKATAN YANG MAMPU MEMBAWA AKU KE AL-JANNAH~~~

Sabtu, 7 Januari 2012

giler-giler masterchef malaysia yang pertama

tiap-tiap hujung minggu mesti aku akn layan masterchef malaysia di u-tube.
aku sangat mengagumi kehandalan dan kehebatan Daniel Firdaus, 18thn dan Arshad Zamir, 19thn yang
sangat pandai dan kreatif dalam menyediakan makanan barat atau tradisional.

kalau ikutkan target aku, aku nak salah tengok salah sorang drp mereka ke final masterchef malaysia,
tapi sayang seribu kali sayang, Zamir kecundang seminggu sebelum minggu Final.
tak apa Zamir, peluang masih terbuka luas utk remaja muda belia seperti anda.

Chef Zubir setahu aku sudah mengambil Danial bekerja di restorannya, inilah yang dikatakan rezeki.
walaupun baru berusia 18thn tapi sudah mendapat peluang bekerja di restoran terkemuka dan
di bawah kendalian chef yang merupakan mentor ataupun juri di masterchef malaysia. tahniah...

final masterchef malaysia menjadi medan peperangan antara wahidan, tukang kebun(42) dan ezani, doktor gigi (26). tahniahlah kepada mereka. aku rase2 ezani yang menang gelaran masterchef malaysia yang pertama ni. hadiahnya, rm1000,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri.

yang paling best sekali, kawan2 aku kini semuanya sudah meminati masterchef malaysia
malah ada yang terlebih dahulu menonton episod mingguan berbanding aku.
wahhhh... semua nak jadi isteri solehah yang pandai masak, ya??
baguslah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...