~~~KEMBARA MENCARI ILMU, IDEA, KEBERKATAN YANG MAMPU MEMBAWA AKU KE AL-JANNAH~~~

Rabu, 3 Oktober 2012

aku, cinta dan cita-cita

aku masih di sini menuntut ilmu sebagai bekalan di alam pekerjaan dan dalam kehidupan harianku nanti. aku masih sendiri, bukan bermaksud aku anti lelaki atau apa sahaja istilah yang digunakan. dahulu cintaku hanya pada lelaki yang benar-benar berjaya mengetuk pintu hatiku biarpun dia sendiri tidak menyedarinya. biarlah cinta itu aku iringkan bersama tasbih memuji Ilahi.

kini aku mula sedar tiada gunanya aku mengejar cintanya jika Allah tidak mentakdirkan dia untuk aku. aku harus pasrah. orang sekelilingku sering bertanya, bila nak kawen? hanya disebabkan adik aku akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. biarlah dia dengan keputusannya, kerana aku yakin dia sudah betul-betul bersedia memegang tanggungjawab sebagai suami. aku hanya ingin mendoakan rumahtangga yang dibina nanti kekal selamanya.

setelah aku mengerti erti impian dan cita-cita aku makin bersemangat untuk terus berusaha lebih gigih agar impianku yang sering aku angan-angankan akan aku genggam suatu hari nanti. InsyaALLAH... aku ingin mencapai cita-cita dan impianku sebelum mencapai cinta.

antara cinta dan cita-cita, aku memilih CITA-CITA...

Khamis, 24 Mei 2012

perasaan sayang, cinta adakalanya mudah timbul dalam hati dan mudah juga untuk hilang~~~
CINTA tak semua indah dan mampu menjadi kenangan terindah untuk pasangan bercinta.
cinta datang dan pergi dengan begitu mudah sekali.


perasaanku kini mungkin bakalkan daun kering yang hanya menunggu angin untuk terbang pergi. aku masih sendiri dan sendiri.


apa yang kita suka tak sepertinya kita akan miliki.. itulah lumrah hidup.


SETIASALAH BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH!!


mungkin ALLAH sudah menentukan sesuatu yang terindah untuk kita...


mak... kenapa kita sering tak bernasib baik??
kurang amalan pada ALLAH?
kurang mensyukuri nikmat kurniaan ALLAH?
tidak menjaga hubungan baik sesama manusia??
kurang melakukan amalan sunat dan sering lalai dalam mengerjakan perintah ALLAH??
hati dipenuhi noda hitam??
hubungan sesama saudara yang tidak kukuh??

Rabu, 25 April 2012

bukan senang untuk kita berjaya dalam bidang yang diceburi...
kita perlu kuatkan semangat dan jangan sesekali patah semangat.
cuba dan cuba dan cuba sehingga kita berjaya membuatkan hasil seperti yang kita impikan.

usah pedulikan pandangan orang, jadikan semua itu nasihat membina utk kita buat yang lebih terbaik.
yakin pada diri yang kita juga mampu berjaya!!!

ak buat semua ni bukan untuk glamor tapi utk keluargaku. terutama mak dan abah tercinta....
rindu mak dan abah!!!

Selasa, 3 April 2012

ada sinar harapan yang mampu buat sedikit senyuman di bibirku...

x taulah s/ad kali ini bernasib baik @ sebalikny.
tp, harap2 ak diberi peluang.
ak nk berjya dlm bidang yg ak impikan.

wlaupn prjlnn ini agk sukar, tp ia x prnh mematahkan smngt ak utk terus berjuang.
ak akn bt mok, abah dan seluruh adk-brdkku bngga dgn hasil krjaku.
hrp2 kali ini ak brjaya.

dah 2 org bg tndkbls positif, x tau mne 1 yg akn mmbri sinar dlm hidup ak.

setiap kali ak dpt berita sedih, ak dpt gak berita gembira tp, cm x kekal lama je berita gembira tu..
tp, xpe... sabar separuh drp iman.

suatu hari nanti pasti hari yang ak selalu impikan itu akn mncul.
x sbrnya... usha tngga kejyaan!!!

chayok jann!!! chayok jann!!!

awan mendung mengiringi perjalananku hari ini

rasa sedih sangat hari ni, tak tahu nak letak muka ni kat mana. malu sangat bila hal itu dipersoalkan oleh seorang yang profesional. sebelum persoalan kenapa seseorang jadi macam tu, lagi baik kau persoalkan cara kau laksanakan tugas kau? dengan cara kau tu, layakkah kau pertikaikan?


apa yang terbaik hari ini, bukan sebab kau. tapi, kesedaran mereka untuk berjaya. tanpa kau pun diorang boleh berjaya. kekurangan hari ini adalah sebab kau!! bukan 100% salah seseorang itu.


AKU BENCI KAU!!!!
DUIT YANG KAU DAPAT TU TAK BERKAT, TAK PAYAH NAK BANGGA SANGAT DENGAN HARTA YANG HANYA PINJAMAN DARI ALLAH.


ada banyak cara lagi nak tegur orang, DASAR OTAK PENUH TAHIK!!

Jumaat, 30 Mac 2012


aku mahu perolehi pasangan seperti ini supaya aku setiasa sedar bahawa hidup ini hanya sementara. aku tidak mahu selamanya lalai dalam percikan duniawi.

aku mahukan seorang lelaki jaminan 'AL-JANNAH'

teringin nak bergelar PENULIS SKRIP lak....

setelah beberapa hari ini aku asyik layan citer je di malaysiamoviesfull tiba-tiba je teringin nak jadi penulis skrip.
agak-agak aku layak tak?
sem lepas dah belajar sikit2 cara nak tulis skrip dengan cikgu amin minhad,
bolehlah slow2 mulakan operasi mengali idea utk wt skrip.
hehehehe...

sem lepas ak, shafini, nadia dan adda   
ada buat skrip 'stereng' citernya agak menarik,
kalau aku hantar kat stesen tv laku tak?
hahahaha...
nak trylah...
lagipun sayang kalau skrip tu dibiarkan saja.
skrip tu bagus kot.
kalau shamsul yusuf bace pun boleh nangis.
bukan sebab sedih, terharu ke apa
tapi, kesal napelah dia tak diberi idea sehebat skrip kiteorang tu
hahahahaha...
untunglah kau anak pengarah glamor, kaya...
tak macam aku ni, anak petani je...
camner nak kembang bakat kalau tak ada orang sudi bukakan peluang.
lebih2 lagi aku ni tak ada orang dalam yang nak tolong promokkan diri aku ni.
jadilah bakat terpendam je...
hhuhuhu...
sedih lak!!!

masih lagi mencuba nasib

walaupun sudah hampir sepuluh emel yang dihantar, tp belum ada satu pun yg terjawab.
tak apa, mak aku cakap jangan putus asa.
bukan mak aku je cakap, semua orang pernah cakap macam tu
'JANGAN PUTUS ASA'
jadi aku takkan cepat menyerah.

lagipun tak ada kejayaan yang diperolehi tanpa bersusah payah terlebih dahulu atau terpaksa melalui rintangan sebelum dapat mencapai kejayaan itu.
aku akan tetap berusaha.

aku akan perjuangkannya. kerna aku takkan pernah berhenti walaupun ianya mungkin tak bererti untuk orang lain.

Khamis, 29 Mac 2012

giler nak menaip lak malam ni!! hehehehe...

dah lama ak x menulis,
tp dlm blog je... 
di dlm laptop, dlm buku ak msih dgn minatku MENULIS.
menulis dan terus menulis. tp dunia penulisanku mcm lesu aje.
ak mahu ada satu jaminan yg blh ak banggakan.
mngkn bkn rezeki ak lg @ rezekiku bkn di situ!

wanita juga boleh meminang lelaki!! ada bran???

Salahkah Jika Wanita Meminang & Menawar Diri Kepada Lelaki ?
Oleh ustaz Emran Ahmad

Di dalam Islam kita sebagai muslim haruslah mengutamakan Al-Qur’an dan sunnah sebagai panduan dan bukan akal, bukan persekitaran atau pun adat.
Firman Allah swt :
 
وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ
" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan Uli al-Amri (Orang-orang yang mengurus hal ehwalmu penguasa dari kalangan kamu.." (An-Nisa :59).

Sekalipun dalam kaedah fiqhiyah menyebut
 “Al-A’dah Muhakamah” iaitu adat itu menjadi penghukum dan diambil kira dalam menentukan keputusan (lihat dalam Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 100) namun sebenarnya pemahaman terhadap kaedah ini sering disalah erti oleh orang awam.

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إَنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ
شَيْئًا إِنَّ اللّهَ عَلَيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
Kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan (Yunus : 36).

Dimaksudkan adat sebagai diambil kira dalam hukum dan keputusan ialah apabila tiada dalil dan pertunjuk yang jelas dalam sesuatu perkara dari Al-Qur’an dan sunnah dan tidak wujud riwayat dari para sahabat dan salaf soleh. Selain itu terjadi adat sebagai pertimbangan hanya dalam perkara furu’ yang berbentuk kaedah pelaksanaan bukan dasar atau pegangan.

Misalnya dalam ibadah korban, jika pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan di Malaysia maka adat terpakai dengan melakukan korban mengunakan binatang yang mudah didapati dan biasa dibuat korban misalnya lembu atau kambing bukan unta atau kibasy yang hanya terdapat di Negara arab.

Begitulah juga adat terpakai dalam penakrifan sesuatu perkara menurut sesuatu kaum misalnya orang yang bersumpah nazar tidak mahu memakan daging lalu dia memakan ayam kerana menurut kebiasaan daging merujuk kepada lembu, kerbau dan ayam tidak dikira sebagai daging demikianlah contoh pelaksanaan adat.



                                             اللّهِ وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ
Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Adapun dalam hal ibadah dan perkara dasar Islam seperti nikah dan perkahwinan yang merupakan sunnah dan ketetapan syariat maka hendaklah kita merujuk kepada Al-Qur’an dan sunnah selagi terdapat pertunjuk dan panduan dari keduanya.

Sebagaimana sabda baginda rasulullah :

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3).

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
 “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata :
 Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).



Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ
يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :

       
 وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَا
لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَن يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ
“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).

Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).

Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.

Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut : “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah).
Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).

Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.
فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).

Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .

Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra :

“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).

Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya :

Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata :
 “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah :
“ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj).

Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.


مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ
“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).




tak tau cmner ak boleh terbaca bende ni, tiba2 teruja. Oo.. Oo.. Oo..
tp, ak x brni nk bt!!

sbb ak blm terdesak lg nk cri calon suami!!

sebuah perkahwinan baru terbina [mustaqim dan faizah]


pandangan terakhir sebelum bergelar suami isteri...


aku tak nak kongsi banyak-banyak gambar perkahwinan abang aku takut kene marah dengan empunya diri. hehehehe...

inilah perkahwinan pertama dalam adik-beradikku.

mustaqim merupakan anak kedua dan satu-satunya abang aku. beza umur dia ngan aku cuma 1 tahun. tak sangka dia menamatkan zaman terunanya dalam usia yang masih muda iaitu 24 tahun. terfikir-fikir gak aku ni, adakah aku akan ikut jejak langkah abang aku kahwin ketika usia 24 tahun @ 26 tahun seperti perancangan kak long aku yang aku melangsungkan perkahwinan selepas aidilfitri nanti.

apa-apa pun aku tak kisah, sebab aku target nak tamatkan zaman dara aku selewatnya pada usia 27 tahun. aku nak stabilkan kewangan dan jati diri sebelum mendirikan rumah tangga.

kepada abang aku, aku doakan semoga mu dapat melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin. jadilah ketua keluarga yang terbaik dan binalah keluarga yang terdiri daripada ahli keluarga jaminan syurga. gunakan ilmu agama yang ada untuk membimbing keluarga dengan sebaik yang mungkin.

aku nak mu cepat-cepat bagi aku anak saudara, aku dah tak sabar-sabar nak main dengan budak kecik ni.
hahahaha... mu jugak yg kata hari tu nak bagi anak saudara kat kami 3 orang dalam masa 2 tahun. tapi, kahwin dah 2 bulan masih tak ada berita baik ni, apa citer der????

tahniah 'In (panggilan utk abang) semoga berbahagia selamanya dengan kak ngoh (panggilan utk k.ipar).

tak sabar nak tunggu hari perkahwinan kak long...
adakah mampu menandingi kemeriahan majlis perkahwinan abang atau hanya suam2 kuku.
sebab bajet ciput. (banyak keluar duit waktu kawen abang)

ak ada mcm2 plan utk hangatkan hari bahagia k.long. 
tak sabar2 nak sibukkan diri.
hehehehehe...

Rabu, 11 Januari 2012

kali ini ak kena kuat melawan perasaan.
ak x blh biarkan lemah.
cinta memerlukan pengorbanan.
wlaupn kebetulan/suratan tidak selalu trjadi
tetapi... sekali trjadi, ia sgt membeli kesan.
biarlh ak lupakn niatku itu.
ak tdk mahu sejarah yg sama berulang d tmpt yg sma.
x snggp lg ak membiarkan dinding hati yg tipis ini diketuk2 nyaring.

pasrah=menyerah, redha=ikhlas.
jika ak diberi pilihan utk memilih mana satu perkataan yg sesuai utk ak tika ini,
ak akn memlih kedua-duanya.
adakalanya kita perlu PASRAH kepada ketentuanNya, setelah kita berusaha sedaya yg mampu 
dan akhirnya kita sudah tdk trdaya lg mennggungnya. MENYERAH diri kepada ALLAH S.W.T adlh jln yg trbaik. krn ALLAH S.W.T maha mengetahui ap yg trbaik utk hmbaNYA.
dan adakalanya kita perlu redha akn sesuatu perkara yg smmngnya tdk mngkin milik kita,
kita bkn insan trpilih utk mncapainya.
setiap ap yg trjdi adalah ketentuan ALLAH S.W.T jadi siapa kita utk tdk bersifat
IKHLAS ats takdirNYA?

Isnin, 9 Januari 2012

ARTIS PEREMPUAN YANG CANTIK


FAZURA

 

IRMA HASMIE

gambar ask2011

NEALOFA

gambar ask2011

DIANA DANIELLIE

gambar malam ask2011

YANA SAMSUDDIN

gambar diana amir red carpet 2011

IZREEN AZMINDA

gambar diana amir red carpet 2011

NORA DANISH


gambar diana amir red carpet 2011

DIANA AMIR

gambar ask2011

ERRA FAZIRA

gambar ask2011

WAWA ZAINAL ABIDIN

artis perempuan bersama babynye...

elyana

ELYANA DAN CINTA SUMAYYAH


ANNE NGASRI DAN ABDUL WARITS, ABDUL WAFRI, NAZHAKAH AFROZA


ERRA FAZIRA DAN ENGKU ALEESYA


 NORA DANISH DAN PUTRA RAYQAL RAMLI

SAZZY FALAK DAN IMAN LILLY, TIARA ROSE


DYNAS DAN KHYRA KHALYSSA


RITA RUDAINI DAN AIRIT RAYYAN RIZQIN, AIRIT RAFQA ARJUNA

dah ramai 'org popular' mula memakai hijab

wardina safiyyah,
kecantikan semulajadi yang dianugerahkan kepadanya.
penuh dengan kelembutan dan keibuan.

liza hanim
dia agak menyepi sekejap dlm industri nyanyian
mungkin memberi tumpuan terhadap keluarga tercinta.
dia kembali dengan imej baru-bertudung.

shiela rusly
siapa ak kenal ngn sis ni kan?
pelakon senior yg sgt berbakat dlm membawa pelbagai watak s/ada komedi, seram, jahat, keibuan
dan sebagainya. bersuamikan jinggo seorang pengarah hebat memberi bonus kepadanya utk lebih bebas berkarya di bwh syarikat sendiri iaitu JS.
Berhijab tidak memberi halangan kepada beliau utk terus mengembang bakat dan
berkarya dalam industri lakonan.
beliau juga sudah menerbitkan program masakan dan buku masakan.
wanita serba boleh!!

nora
seorang penyanyi yg hebat suatu masa dahulu dan merupakan isteri kepada komposer hebat, johan.

irma hasmie
sangat comel dan manis. mengambil keputusan berhijad setelah pulang dari menunaikan umrah.
tahniah, tak semua menerima hidayah sepertinya.
anda adalah insan terpilih.
teruskan usaha membaiki diri ke arah yang llebih diredhai ALLAH.
semoga dipertemukan dengan jodoh yg baik2 dan beriman.

azizah arifin
teramat cantik setelah berhijab. dulu sejujurnya aku langsung tidak tertarik dengan personaliti tv3 ini yg awalnya bergelar pembaca berita.
tetapi setelah berhijab segalanya berubah.
aku sangat suka cara kendaliannya  di program WHI.
tahniah, semoga cepat2 dpt baby~~~

norzie pakwan chik
dulu aku suka sangat tgk program majalah tiga kendalian isteri kepada bekas pengacara REMAJA, 
aidid marcello ini. tetapi setelah berkahwin norzie lebih selesa memberi tumpuan kepada keluarga dan mereka sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
dengar2 khabar norzie kembali ke kaca tv menerusi program MHI.
tp, aku belum sempat menyaksikannya.
kena tunggu balik kg bru dpt tengok tv.

catriona ros
sebut saje name ni aku terus teringat pada lakonannya yg sangat berkesan dalam citer KALIS CINTA.
lebih2 lg dlm citer tu dia bergandingan dengan hero pujaan hati aku, ADY PUTRA.
sangat best citer tu, aku dah lupe berapa kali aku layan citer tu.
beliau telah mengalami satu pengalaman yang cukup hebat dalam hayatnya yang seolah2 memberi peluang kedua untuk dia terus hidup.
semoga hijrah ini memberi lebih erti dalam hidupnya bergelar hamba ALLAH S.W.T.

diana amir
masih lagi remaja, tetapi telah mengambil keputusan untuk memakai hijab dikala dia berada di puncak populariti dan kegemilangan bergelar pelakon.
tidak takut rezekinya akan berkurang dengan perubahan ini dan percaya rezeki semuanya kuasa ALLAH.
kini dia boleh menarik nafas lega kerana perubahannya diterima umum dan rezekinya bertambah murah.

inspirasi diana amir, like cara pakai pashmina mcm ni...

siti nordiana
setelah pelbagai berita menyedihkan beliau,
kehilangan seorang kawan baik dalam perjuangan-ACHIK SPIN.
turut merasai kehilangan bekas suami, ayah kepada anaknya-FAISAL YUSOP.
kini dia tampil berhijab mulai ramadhan yg lalu.
semoga dia bertambah tabah dan jalani kehidupan sebagai muslimah sejati.

anne ex-hot fm
deejay yg paling cute, comel, manja di hot fm.
kini dia telah berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya bekerja.
tidak lama selepas berkahwin, dia telah mengambil keputusan untuk berhijab.
bertambah cantik, ayu n manis dipandang.

raja farah
pelakon utama filem AKU MASIH DARA.
mengambil keputusan untuk terus berhijab setelah mendirikan rumahtangga.
alhamdulillah, kini dia bukan sahaja mengenakan tudung di dlm filem malah di luar juga.

anne ngasri
janda anak tiga yang sangat tabah, wlaupun dalam usia yg masih muda.
teruskan usaha untuk memperolehi kebahagiaan hidup dan akhirat.

farah af
kini bergelar pengacara dalam program nasi lemak kopi 'o' tv9.
mengenakan hijab dalam usia yg masih muda.

abby fana
pengacara senior di tv3, MHI.
memakai tudung setelah selamat pulang dari menunaikan haji baru2 ini.
alhamdulillah, dah lama aku nak tgk auntie ni pakai tudung secantik wardina.

teh syuhada
sorang lagi personaliti tv berhijrah memakai hijab.
makin ramai personaliti tv berhijab dan semoga ianya menjadi ikutan kepada mereka di luar sana yang masih tidak mengenakan hijab di kepala.


PANJANG LEBAR AKU MENULIS, SEBAB AKU BORING TAK TAHU APA NAK BUAT
5 HARI TAK ADA PAPER EXAM. LAYAN JE LER......

Ahad, 8 Januari 2012

sem III bakal berakhir

pejam celik pejam celik,
sem III bakal melabuhkan tirai
terasa cepat masa berlalu.
tp, tak apa ak suka....
cepat sikit 4 thn berlalu, ak dh x sabar2 nk jadi CIKGU.
He... he... he...

14hb 1 merupakan paper trakhir sem ni, iaitu prosa yg diajar oleh PAK OMAR.
5 hari sblm exam kena rilek2 sbb dh xde paper lain.
huh~~~ bosan tahap cipan.

semalam ak dh mulakan operasi mengemas brg,
pg ni operasi membasuh baju,
mybi ptg ni operasi mmasukkn buku ke dlm kotak.
wahhhh~~~ semangatnya ak!!
semestinyalah, sbb mlm 14 hb ni ak akn terus blk kg.

dh hmpir 3 bulan lebih ak x jmpe family ak,
rindu sangat2~~~
waaaaaaaaaa.... nk balik.....

Sabtu, 7 Januari 2012

giler-giler masterchef malaysia yang pertama

tiap-tiap hujung minggu mesti aku akn layan masterchef malaysia di u-tube.
aku sangat mengagumi kehandalan dan kehebatan Daniel Firdaus, 18thn dan Arshad Zamir, 19thn yang
sangat pandai dan kreatif dalam menyediakan makanan barat atau tradisional.

kalau ikutkan target aku, aku nak salah tengok salah sorang drp mereka ke final masterchef malaysia,
tapi sayang seribu kali sayang, Zamir kecundang seminggu sebelum minggu Final.
tak apa Zamir, peluang masih terbuka luas utk remaja muda belia seperti anda.

Chef Zubir setahu aku sudah mengambil Danial bekerja di restorannya, inilah yang dikatakan rezeki.
walaupun baru berusia 18thn tapi sudah mendapat peluang bekerja di restoran terkemuka dan
di bawah kendalian chef yang merupakan mentor ataupun juri di masterchef malaysia. tahniah...

final masterchef malaysia menjadi medan peperangan antara wahidan, tukang kebun(42) dan ezani, doktor gigi (26). tahniahlah kepada mereka. aku rase2 ezani yang menang gelaran masterchef malaysia yang pertama ni. hadiahnya, rm1000,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri.

yang paling best sekali, kawan2 aku kini semuanya sudah meminati masterchef malaysia
malah ada yang terlebih dahulu menonton episod mingguan berbanding aku.
wahhhh... semua nak jadi isteri solehah yang pandai masak, ya??
baguslah...

Jumaat, 6 Januari 2012

erika iskandar

tetiba je ak teringat2 pd insan empunya nama d atas.
sesekali ak terfikir, adakah dia merindui ak?
wlaupn plbagai kata keji prnah dia lempar pd ak suatu masa dhlu
tp, ak x prnh mnyimpan dendam.
dri dialah ak bljar mengenai erti sebuah perhubungan
wlaupn ketika itu ak gagal mencintainya seperti mana dia inginkan.
ak sedar, kau sebenarnya jujur dengan ak
tp, kita masing2 ad ego.
ego itulah yg membuatkan kita mengikut haluan masing2 tnpa menoleh lagi kebelakang.

dah hmpir dua tahun kita tak berhubung,
ak sedar, kau marah sangat dengan sikap dan layanan ak
trhadap kau dlu.
smpaikn kau langsung x nak berhubung dgn ak lg.
kau tukar no fon sehingga ak lngsung x dpt jejaki kau.
kakak ng adik kau lngsung x nk bantu ak utk brhubng dgn kau.

tp, ak nk kau tau IS smpai skrg ak msih pkai no dulu.
ak msih brhrp kau akn hubungi ak semula.
bukan ak mghrp kasih yg prnh ak sia-siakn dulu
tp, ak msih ingin mnjalani hubungan silaturahim yg prnh wujud antara kita dahulu.

IS, ...
ak mnta mf.
sbb dh prmainkn perasaan kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...